fisioterapi
 
rawatan

  • MENGISI BORANG PERMOHONAN

Pemohon hendaklah mengisi borang Eman Center Negeri yang disediakan oleh pihak syarikat dan mengisi dengan lengkap segala butiran yang diperlukan dan menghantar borang permohonan tersebut kepada pihak syarikat.

  • MESTI MENGIKUT SEMINAR ANJURAN EMAN NETWORK (M) SDN BHD

Setiap pemohon Eman Center Negeri baru hendaklah memahami sistem perniagaan dan kualiti produk pihak syarikat, atas dasar itulah setiap pemohon baru Eman Center Negeri diwajibkan mengikuti ‘Seminar eMan Therapy’ dan setiap seminar yang dianjurkan.

  • TIADA JAMINAN PENDAPATAN TETAP

Pihak pemohon tidak akan mendapat sebarang jaminan pendapatan tetap setiap bulan sekiranya tidak melakukan sebarang aktiviti jualan produk yang dijalankan oleh pihak syarikat. Pendapatan bergantung kepada keuntungan jualan produk mesin terapi& produk-produk keluaran Syarikat dari masa ke semasa.

  • MENETAPKAN HARGA PRODUK

Pihak Syarikat berhak menetapkan harga jualan runcit, harga untuk Eman Center Dun dan Agen setiap produk keluaran Syarikat dari masa ke semasa.

Pihak Eman Center Negeri dilarang sama sekali megubah seperti menurunkan harga atau menaikkan harga sesuka hati, tanpa mendapat memo atau surat pengesahan serta perbincangan daripada pihak Syarikat.

  • PENERANGAN YANG JELAS DAN BENAR

Pihak Eman Center Negeri dilarang sama sekali memberikan penerangan yang salah terhadap system perniagaan atau produk keluaran syarikat. Setiap penerangan hendaklah berpandukan kepada risalah yang dibekalkan oleh pihak syarikat sahaja. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap tuntutan yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya berpunca daripada kesalahan pihak Eman Center Negeri memberikan penerangan.

  • MEMBUNGKUS SEMULA

Adalah dilarang sama sekali, meniru atau membungkus semula produk keluaran syarikat sama ada dalam keadaan sedar atau tidak, pihak syarikat berhak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini berlaku.

  • MEMBUAT PEMBELIAN SIMPANAN (STOK)

Untuk menjadi Eman Center Negeri, pembelian produk untuk simpanan (stok) & Pakej menjadi eMan Center Negeri mengikut jadual yang dilampirkan dalam satu invois adalah diwajibkan kepadan semua Eman Center Negeri.

  • BARANG YANG DIBELI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN

Setiap produk yang telah dibeli daripada pihak syarikat tidak boleh dikembalikan, perkara ini hendaklah dipandang serius agar tidak menyebabkan kerugian kepada syarikat untuk menanggung kos penghantaran dan perkhidmatan yang tinggi KECUALI barangan yang rosak & tidak berfungsi.

  • TANGGUNGJAWAB EMAN CENTER NEGERI
    • Pihak Eman Center Negeri diwajibkan mengikuti latihan atau kursus Eman Center Negeri yang akan diadakan oleh pihak syarikat dari masa ke semasa.
    • Pihak Eman Center Negeri bertanggungjawab sepenuhnya menerangkan operasi syarikat dan produk keluaran syarikat kepada Eman Center Dun, ejen, pelanggan atau pihak umum di kawasan masing-masing mengikut standard yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
    • Pihak Eman Center Negeri bertanggungjawab memproses permohonan orang ramai unutk menyertai peluang perniagaan pihak syarikat seperti menjadi Eman Center Dun,Pusat Terapi, ejen serta program seminar/kursus.
    • Pihak Eman Center Negeri hendaklah mengeluarkan resit rasmi yang dibekalkan oleh pihak syarikat terhadap semua transaksi yang dijalankan berkaitan perniagaan pihak syarikat.
    • Pihak Eman Center Negeri hendaklah membuat laporan bulanan dan tahunan jualan dan aktiviti di kawasan masing-masing dan menghantar laporan tersebut ke ibu pejabat mengikut tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak syarikat.
    • Pihak Eman Center Negeri hendaklah membekalkan produk kepada Eman Center Dun mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak syarikat dari masa ke semasa
    • Pihak Eman Center Negeri hendaklah menjaga imej dirinya dan pihak syarikat dari masa ke semasa .
    • Pihak Eman Center Negeri dilarang menggunakan logo, nama dan hak cipta atau intelek syarikat tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada pihak syarikat.
    • Pihak Eman Center Negeri hendaklah menerima segala bentuk aduan umum mengenai produk dan perkhidmatan pihak syarikat dan mengetengahkan aduan tersebut terus ke pihak syarikat.
    • Pihak Eman Center Negeri hendaklah membuat aktiviti harian, mingguan dan bulanan dikawasan masing-masing demi memastikan perniagaan dan kepentingan kedua-dua belah pihak terjaga dari masa ke semasa.
    • Pihak Eman Center Negeri hendaklah menyediakan prasarana seperti kemudahan komputer, fax, ruang kedai, ruang mesyuarat dan ruang pameran produk, segala liabiliti seperti sewa premis, elektrik, bil telefon dan gaji pekerja dibawah tanggungan pihak Eman Center Negeri.
    • Pihak Eman Center Negeri berhak melantik Eman Center Dun, Pusat Terapi & ejen dalam Negeri yang ditawarkan sahaja dari masa ke semasa.
    • Pihak Eman Center boleh melantik eMan Center Dun, Pusat Terapi & ejen di negeri yang belum ada Center Negeri TETAPI sekiranya wujud Center Negeri selepas itu maka pembekalan produk oleh Center Negeri tersebut.Tanggungjawab seperti pembekalan produk,servis akan dibuat oleh Center Negeri tersebut.Pembahagian KOMISEN perlu dibincangkan kedua belah pihak Center Negeri atau perbincangan dengan Pihak Syarikat.
    • Pihak Eman Center Negeri TIDAK digalakkan mengadakan program & jualan dimana tempat yang sudah ada eMan Center Dun. Program bersama digalakkan bersama eMan Center Dun & Pusat Terapi.
    • Pihak Eman Center Negeri boleh mengadakan promosi & pameran melalui persetujuan pihak syarikat & kos ditanggung oleh Pihak Center Negeri.
    • Pihak Syarikat akan mempromosi & membantu mengiklankan Center Negeri dimedia masa & elektronik dari masa kesemasa.
  • SURAT PERLATIKAN

Selepas menerima borang permohonan dan bukti resit pembayaran pakej Center Negeri, dalam masa 1 hari ke 14 hari masa bekerja pihak syarikat akan memberikan surat perlantikan sebagai Eman Center Negeri kepada pihak Center Negeri.

  • SASARAN JUALAN

    Pihak Eman Center Negeri hendaklah mencapai sasaran jualan minimum sebanyak 20 Unit dalam masa 2 bulan yang pertama dan 40 Unit bulan ketiga dan seterusnya. Pihak Syarikat berhak membatalkan perlantikan pihak Eman Center Negeri sekiranya pihak Eman Center Negeri gagal mencapai sasaran tersebut dan berhak melantik pihak lain untuk menjadi Eman Center Negeri.

  • PEMBATALAN KELAYAKAN EMAN CENTER NEGERI DAN INSENTIF

Sekiranya mana-mana syarat dan terma di atas tidak dipatuhi oleh pihak Eman Center Negeri, secara langsung kelayakan dan status sebagai Eman Center Negeri akan TERBATAL serta merta tanpa sebarang notis.

  • PENGHANTARAN PRODUK

Penghantaran Produk kepada Eman Center negeri adalah ditanggung sepenuhnya oleh Center Negeri dan penghantaran akan dilakukan di dalam masa 14 hari masa bekerja.

  1. Secara pos - Pembayaran ditanggung oleh Pihak Eman Center Negeri.
  2. Mengambil sendiri di Ibu Pejabat atau Stor.
  3. Penghantaran dibuat oleh Kakitangan Syarikat - Kos ditanggung oleh Eman Center Negeri.
  • LANTIKAN EMAN CENTER DUN & PUSAT TERAPI.

Pembelian pakej yang PERTAMA eMan Center dun & Pusat Terapi WAJIB melalui Pihak Syarikat. Segala Produk & Peralatan dibekalkan oleh Pihak Syarikat. sekiranya Center Negeri memperkenalkan LAYAK mendapat komisen sebagai pengenal. Borang pemohonan & bayaran pakej mestilah melalui akaun bank Syarikat.

  • MENGUBAH SYARAT DAN TERMA

Pihak Syarikat berhak mengubah mana-mana syarat dan terma di atas tanpa sebarang notis atau melalui perbincangan dari masa ke semasa untuk kepentingan Eman Center Negeri & Pihak Syarikat.

 

mesin kesihatan

Untitled Document
 
 

www.emannework.com

 
 

www.penawar.com

 

 
 
Ahad 20 May 2012
Guest online: 4
 
Untitled Document
 

Untitled Document