

- MENGISI BORANG PERMOHONAN
Pemohon hendaklah mengisi borang Eman Center Dun yang disediakan oleh pihak syarikat dan mengisi dengan lengkap segala butiran yang diperlukan dan menghantar borang permohonan tersebut kepada pihak syarikat.
- MESTI MENGIKUT SEMINAR ANJURAN EMAN NETWORK (M) SDN BHD
Setiap pemohon Eman Center Dun baru hendaklah memahami sistem perniagaan dan kualiti produk pihak syarikat, atas dasar itulah setiap pemohon baru Eman Center Dun diwajibkan mengikuti ‘Seminar eMan Therapy’ dan setiap seminar yang dianjurkan oleh Syarikat & Center Negeri.
- TIADA JAMINAN PENDAPATAN TETAP
Pihak pemohon tidak akan mendapat sebarang jaminan pendapatan tetap setiap bulan sekiranya tidak melakukan sebarang aktiviti jualan produk yang dijalankan oleh pihak syarikat. Pendapatan bergantung kepada keuntungan jualan produk mesin terapi & produk-produk keluaran Syarikat dari masa ke semasa.
Pihak Syarikat berhak menetapkan harga jualan runcit, harga untuk Pusat Terapi,Agen & pelanggan setiap produk keluaran Syarikat dari masa ke semasa.
Pihak Eman Center Dun dilarang sama sekali mengubah seperti menurunkan harga atau menaikan harga sesuka hati, tanpa mendapat memo atau surat pengesahan serta perbincangan daripada pihak syarikat.
- PENERANGAN YANG JELAS DAN BENAR
Pihak Eman Center Dun dilarang sama sekali memberikan penerangan yang salah terhadap system perniagaan atau produk keluaran syarikat. Setiap penerangan hendaklah berpandukan kepada risalah yang dibekalkan oleh pihak syarikat sahaja. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap tuntutan yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya berpunca daripada kesalahan pihak Eman Center Dun memberikan penerangan.
Adalah dilarang sama sekali, meniru atau membungkus semula produk keluaran syarikat sama ada dalam keadaan sedar atau tidak, pihak syarikat berhak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini berlaku.
Untuk menjadi Eman Center Dun pembelian produk & Pakej menjadi eMan Center Dun mengikut jadual yang dilampirkan dalam satu invois adalah diwajibkan kepada semua Eman Center Dun.
- BARANGAN YANG DIBELI TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.
Setiap produk yang telah dibeli daripada pihak syarikat tidak boleh dikembalikan, perkara ini hendaklah dipandang serius agar tidak menyebabkan kerugian kepada syarikat untuk menanggung kos penghantaran dan perkhidmatan yang tinggi KECUALI barangan yang rosak & tidak berfungsi.
- TANGGUNGJAWAB EMAN CENTER DUN.
- Pihak Eman Center Dun diwajibkan mengikuti latihan atau kursus dari eMan Center Negeri & Syarikat yang akan diadakan dari masa ke semasa.
- Pihak Eman Center Dun bertanggungjawab sepenuhnya menerangkan operasi syarikat dan produk keluaran syarikat kepada Pusat Terapi,ejen & pelanggan atau pihak umum di Dun masing-masing mengikut stadard yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
- Pihak Eman Center Dun bertanggungjawab memproses permohonan orang ramai untuk menyertai peluang perniagaan seperti menjadi Pusat Terapi & ejen.
- Pihak Eman Center Dun hendaklah mengeluarkan resit rasmi yang dibekalkan oleh pihak syarikat terhadap semua transaksi yang dijalankan berkaitan perniagaan pihak pihak syarikat.
- Pihak Eman Center Dun hendaklah membekalkan produk kepada Pusat Terapi & ejen mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak syarikat dari masa ke semasa.
- Pihak Eman Center Dun hendaklah menjaga imej dirinya dan pihak syarikat dari masa ke semasa .
- Pihak Eman Center Dun dilarang menggunkan logo, nama dan hak cipta atau intelek syarikat tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak syarikat.
- Pihak Eman Center Dun hendaklah menerima segala bentuk aduan umum mengenai produk dan perkhidmatan kepada Center Negeri dan mengetengahkan aduan tersebut terus ke pihak syarikat.
- Pihak Eman Center Dun hendaklah membuat aktiviti harian, mingguan dan bulanan di Dun masing-masing bersama Center Negeri.
- Pihak Eman Center Dun hendaklah menyediakan prasarana seperti kemudahan ruang untuk pelanggan berterapi \dengan selesa dan ruang pameran produk, segala liabiliti seperti sewa premis, elektrik, bil telefon dan gaji pekerja dibawah tanggungan pihak Eman Center Dun.
- Pihak Eman Center Dun berhak melantik Pusat Terapi & ejen.
- Pihak Eman Center Dun boleh melantik Pusat Terapi & ejen di Dun yang belum ada Pusat Terapi.
- Pihak Eman Center Dun digalakan mengadakan program & Jualan bersama Center Negeri,Pusat Terapi & ejen.Segala kos ditanggung bersama melalui perbincangan & persetujuan.
- Pihak Syarikat akan mempromosi & membantu mengiklankan Center Dun dimedia masa & elektronik dari masa kesemasa.
Selepas menerima borang permohonan dan bukti resit pembayaran pakej Center Dun, dalam masa 1 hari ke 14 hari masa bekerja pihak syarikat akan memberikan surat perlantikan sebagai Eman Center Dun.
Pihak Eman Center Dun hendaklah mencapai sasaran jualan minimum sebanyak 2 Unit dalam masa 2 bulan yang pertama dan 5 Unit bulan ketiga dan seterusnya. Pihak Syarikat berhak membatalkan perlantikan pihak Eman Center Dun sekiranya pihak Eman Center Dun gagal mencapai sasaran tersebut dan berhak melantik pihak lain untuk menjadi Eman Center Dun.
- PEMBATALAN KELAYAKAN EMAN CENTER DUN DAN INSENTIF
Sekiranya mana-mana syarat dan terma di atas tidak dipatuhi oleh pihak Eman Center Dun secara langsung kelayakan dan status sebagai Eman Center Dun akan TERBATAL serta merta tanpa sebarang notis.
Penghantaran Produk kepada Eman Center Dun adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh Center Negeri.
( Sekiranya Tiada Center Negeri Tersebut )
1.Secara pos – Pembayaran ditanggung oleh Pihak Eman Center Dun.
2.Mengambil sendiri di Ibu Pejabat atau Stor.
3.Penghantaran dibuat oleh Kakitangan Syarikat – Kos ditanggung oleh Eman Center Dun
- LANTIKAN EMAN PUSAT TERAPI.
Pembelian pakej yang PERTAMA Pusat Terapi WAJIB melalui Pihak Syarikat.Segala Produk & Peralatan dibekalkan oleh Pihak Syarikat.Sekiranya Center Dun memperkenalkan LAYAK mendapat komisen sebagai pengenal.Borang pemohanan & bayaran pakej mestilah melalui akaun bank syarikat.
- MENGUBAH SYARAT DAN TERMA
Pihak Syarikat berhak mengubah mana-mana syarat dan terma di atas tanpa sebarang notis atau melalui perbincangan dari masa ke semasa untuk kepentingan Eman Center Dun & Pihak Syarikat.




|