Eman Netwok (M) Sdn. Bhd Membantu Merawat Penyakit
Eman Network (M) Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat bumiputera yang diasaskan dua usahawan muda, En. Mohd Asri Bin Abdul Rahman dan En.Hariri Bin Yahya. Penubuhan Eman Network (M) Sdn. Bhd. adalah bertujuan memenuhi permintaan masyarakat dalam penjualan mesin terapi medan elektrostatik yang menawarkan harga yang mampu milik. Selain itu, Melalui pembelian mesin terapi ini akan menyumbang kepada pembangunan Maahad Tahfiz Eman di Temerloh, Pahang yang kini dalam proses pembinaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Eman Network, En.Mohd Asri Abdul Rahman berkata, e-Man e-Therapy merupakan jenama mesin medan elektrostatik yang dipasarkan oleh Eman Network (M) Sdn. Bhd. Mesin Terapi Medan Elektrostatik ini menggunakan teknologi Jepun yang mana ianya lebih moden, mempunyai pelbagai fungsi, dibekalkan dengan lima "SEATER" mudah alih dan boleh digunakan oleh seisi keluarga selain ianya mampu dimiliki.
Menurut beliau juga, mesin terapi medan elektrostatik ini dapat membantu bagi merawat pelbagai penyakit secara efektif.
Selain itu terdapat juga teknologi KOSHUHA yang boleh membantu dalam proses pembakaran kolestrol dan lemak yang mana penggunaan sejam terapi KOSHUHA adalah bersamaan dengan tiga jam senaman earobik. Testimoni terhadap pesakit telah membuktikan kualiti dan keberkesanan e-Man e-Therapy.
Eman Network (M) Sdn.Bhd. juga menawarkan ruang dan peluang serta insentif yang lumayan kepada indivindu, graduan lepasan universiti dan usahawan-usahawan yang berminat untuk menceburi bidang pemasaran dengan sasaran syarikat 1 DUN 1 eMan Center.