fisioterapi
 
rawatan

  • MENGISI BORANG PERMOHONAN

Pemohon hendaklah mengisi borang Eman Pusat Terapi yang disediakan oleh pihak syarikat dan mengisi dengan lengkap segala butiran yang diperlukan dan menghantar borang permohonan tersebut kepada pihak syarikat.

  • MESTI MENGIKUT SEMINAR ANJURAN EMAN NETWORK (M) SDN BHD

Setiap pemohon Eman Pusat Terapi baru hendaklah memahami sistem perniagaan dan kualiti produk pihak syarikat, atas dasar itulah setiap pemohon baru Eman Pusat Terapi diwajibkan mengikuti ‘Seminar eMan Therapy’ dan setiap seminar yang dianjurkan oleh Syarikat,Center Negeri atau Center Dun.

  • TIADA JAMINAN PENDAPATAN TETAP

Pihak pemohon tidak akan mendapat sebarang jaminan pendapatan tetap setiap bulan sekiranya tidak melakukan sebarang aktiviti jualan produk yang dijalankan oleh pihak syarikat. Pendapatan bergantung kepada keuntungan jualan produk mesin terapi,caj masyarakat setempat berterapi & produk-produk keluaran Syarikat dari masa ke semasa.

  • MENETAPKAN HARGA PRODUK

Pihak Syarikat berhak menetapkan harga jualan runcit, harga untuk Pusat Terapi,Agen & pelanggan setiap produk keluaran Syarikat dari masa ke semasa.

Pihak Eman Pusat Terapi dilarang sama sekali mengubah seperti menurunkan harga atau menaikan harga sesuka hati, tanpa mendapat memo atau surat pengesahan serta perbincangan daripada pihak syarikat.

 

  • PENERANGAN YANG JELAS DAN BENAR

Pihak Eman Pusat Terapi dilarang sama sekali memberikan penerangan yang salah terhadap system perniagaan atau produk keluaran syarikat. Setiap penerangan hendaklah berpandukan kepada risalah yang dibekalkan oleh pihak syarikat sahaja. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap tuntutan yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya berpunca daripada kesalahan pihak Eman Pusat Terapi memberikan penerangan.

  • MEMBUNGKUS SEMULA

Adalah dilarang sama sekali, meniru atau membungkus semula produk keluaran syarikat sama ada dalam keadaan sedar atau tidak, pihak syarikat berhak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini berlaku.

  • MEMBUAT PEMBELIAN PAKEJ.

Untuk menjadi Eman Pusat Terapi pembelian Pakej menjadi eMan Pusat Terapi mengikut jadual yang dilampirkan dalam satu invois adalah diwajibkan kepada semua Eman Pusat Terapi.

  • BARANGAN YANG DIBELI TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.

Setiap produk yang telah dibeli daripada pihak syarikat tidak boleh dikembalikan, perkara ini hendaklah dipandang serius agar tidak menyebabkan kerugian kepada syarikat untuk menanggung kos penghantaran dan perkhidmatan yang tinggi KECUALI barangan yang rosak & tidak berfungsi.

 

  • TANGGUNGJAWAB EMAN PUSAT TERAPI.
    • Pihak Eman Pusat Terapi diwajibkan mengikuti latihan atau kursus dari eMan Center Negeri,eMan Center Dun & Syarikat yang akan diadakan dari masa ke semasa.
    • Pihak Eman Pusat Terapi bertanggungjawab memproses permohonan orang ramai untuk menyertai peluang perniagaan menjadi ejen.
    • Pihak Eman Pusat Terapi hendaklah menjaga imej dirinya dan pihak syarikat dari masa ke semasa .
    • Pihak Eman Pusat Terapi dilarang menggunkan logo, nama dan hak cipta atau intelek syarikat tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak syarikat.
    • Pihak Eman Pusat Terapi hendaklah menerima segala bentuk aduan umum mengenai produk dan perkhidmatan kepada Center Dun dan mengetengahkan aduan tersebut terus ke Center Negeri & pihak syarikat.
    • Pihak Eman Pusat Terapi hendaklah membuat aktiviti harian, mingguan dan bulanan bersama Center Dun.
    • Pihak Eman Pusat Terapi berhak melantik ejen.

 

  • SURAT PERLATIKAN

Selepas menerima borang permohonan dan bukti resit pembayaran pakej Pusat Terapi, dalam masa 1 hari ke 14 hari masa bekerja pihak syarikat akan memberikan surat perlantikan sebagai Eman Pusat Terapi.

  • PEMBATALAN KELAYAKAN PUSAT TERAPI DAN INSENTIF

Sekiranya mana-mana syarat dan terma di atas tidak dipatuhi oleh pihak Eman Pusat Terapi secara langsung kelayakan dan status sebagai Eman Pusat Terapi akan TERBATAL serta merta tanpa sebarang notis.

 

  • PENGHANTARAN PRODUK.

Penghantaran Produk kepada Eman Pusat Terapi adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh Center Dun.

( Sekiranya Tiada Center Negeri )

1.Secara pos – Pembayaran ditanggung oleh Pihak Eman Center Dun.

2.Mengambil sendiri di Ibu Pejabat atau Stor.

 

  • LANTIKAN EMAN PUSAT TERAPI.

Pembelian pakej yang PERTAMA Pusat Terapi WAJIB melalui Pihak Syarikat.Segala Produk & Peralatan dibekalkan oleh Pihak Syarikat.Sekiranya Center Dun @ Center Negeri memperkenalkan LAYAK mendapat komisen sebagai pengenal.Borang pemohanan & bayaran pakej mestilah melalui akaun bank syarikat.

  • MENGUBAH SYARAT DAN TERMA

Pihak Syarikat berhak mengubah mana-mana syarat dan terma di atas tanpa sebarang notis atau melalui perbincangan dari masa ke semasa untuk kepentingan Eman Pusat Terapi & Pihak Syarikat.

 

 

 

mesin kesihatan

Untitled Document
 
 

www.emannework.com

 
 

www.penawar.com

 

 
 
Ahad 20 May 2012
Guest online: 3
 
Untitled Document
 

Untitled Document